top of page

Yosh! Saya Awang Mohamed Fadli berasal dari Kuching, Sarawak dan merupakan salah seorang pelajar tahun akhir di Universiti Kuala Lumpur. Berkecimpung di dalam dunia fotografi sejak tahun 2012 merupakan detik permulaan buat saya untuk menjadi seorang freelance photographer; yang sentiasa berdiri di bawah awan untuk menghayati sesebuah tempat dan menjadikannya sebagai sebuah cerita di dalam karya saya. Bagi saya, menjadi seorang photographer bukan hanya semata-mata untuk menangkap gambar yang terbaik. Ianya lebih kepada memupuk kesedaran di dalam diri kita dengan melihat tiap-tiap ekspresi wajah, suasana, pergerakan, emosi di sekeliling mahu di kota atau jauh di kawasan kampung. Laman ini wujud  untuk berkongsi aktiviti, explorasi dan juga memupuk anak-anak muda untuk membaca, melihat dan keluar untuk explore  dunia dan hayati pelbagai kisah di luar sana. Tuhan ciptakan pelbagai keindahan dunia, sayang kalau kita punyai mata, punyai tenaga tapi tidak melihat serta pergi ke tempat yang indah Dia ciptakan, untuk kita hayati, renung dan kenang bersama. Penulisan akan bercampur aduk dari Bahasa ke English untuk memudahkan pembacaan kepada pengunjung laman ini.

Let's Enjoy.

  • Facebook Clean
  • Instagram Clean

​© 2015 by Awang Mohamed Fadli Awang Ismail

bottom of page