APRIL 2016
Mencabar diri sendiri untuk menilai skill fotografi yang dipelajari selama ini adalah sesuatu yang positif. Disamping itu, ianya sesuai untuk menilai setakat mana kemampuan kita mengendalikan pelbagai genre kamera tidak kira DSLR, film kamera, kamera kompak, smartphone kamera dan lain-lain. Oleh itu saya mewujudkan satu cabaran untuk diri saya sendiri bagi menilai sejauh mana skill fotografi yang saya ada dengan mengunakan kamera kompak kecil Sony Rx100. Anda boleh rujuk link dibawah untuk mengetahui spesifikasi penuh kamera ini.
​
http://www.sony.com/electronics/cyber-shot-compact-cameras/dsc-rx100
​
Pada mulanya agak kekok sedikit kerana selama ini sering menggunakan DSLR untuk mengambil gambar. Akan tetapi, dengan saiz yang kecil ini, ianya mudah untuk dipegang dengan satu tangan dan yang paling penting, orang sekeliling tidak terlalu menghiraukan saya ketika saya mengambil gambar berbanding ketika menggunakan DSLR. Lokasi yang menjadi saksi untuk cabaran ini adalah Bukit Bintang & Jalan Alor. Lokasi ini terkenal dengan kesibukan manusia tidak kira siang atau pun malam. Dibawah merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang cabaran tersebut. Semua gambar diambil menggunakan mode Manual dan cross process dilakukan di dalam Adobe Lightroom. Apa yang saya boleh simpulkan mengenai kamera ini, ianya cemerlang ketika situasi lowlight dengan adanya nilai aperture F/1.8, gambar yang sharp dan body yang kecil mudah untuk dibawa kemana-mana. Untuk street photography, kamera ini sangat sesuai untuk anda. Kesimpulan untuk penilaian diri sendiri pula ialah, masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari setelah cabaran ini berakhir.
​
​
AWAN, SONY RX100 AND STREET






*Untuk makluman semua, saya menggunakan kamera Sony RX100 keluaran pertama.
Sony RX100 V merupakan keluaran yang terbaru
ketika artikel ini ditulis.