Kuala Lumpur merupakan sebuah kota pra-metropolitan yang sentiasa "hidup" malamnya. Kota ini menyediakan pelbagai kisah yang disajikan kepada perantau yang ingin mencari rezeki, kisah orang kaya dan miskin, kisah putih dan gelap, kisah politik yang agung dan kisah kita sebagai photographer jalanan. Di suatu kawasan yang bingit serta penuh dengan suara-suara deruman kenderaan dan anak-anak muda adalah dinamakan kawasan Bukit Bintang. Bukit bintang merupakan kawasan terkenal di kalangan pelancong luar negara serta anak-anak kota itu sendiri. Bahasa mudahnya, kawasan ini adalah salah satu daripada "entertainment district" buat golongan anak - anak muda.
​
Disini saya kepilkan beberapa buah gambar yang diambil di Bukit Bintang. "Long exposure"yang merupakan sebuah teknik yang memerlukan kesabaran untuk mendapatkan gambar yang cantik dan penuh dengan lingkaran neon. Dibawah merupakan setup bagi kebanyakan gambar yang saya ambil. Ingat, setup bergantung kepada tempat itu sendiri dan ianya boleh berubah-ubah. Semua gambar adalah dalam format RAW. Keselurahan cross process adalah menggunakan Adobe Lightroom.
​
​
ISO 100, LENS 18-200MM, F/3.5 - 20, 10 - 2 SECONDS
BUKIT BINTANG IN LONG EXPOSURE
APRIL 2016



